RASULULLAH: SEDEKAH PENAWAR BISA LIDAH WANITA

Mengumpat, cemburu buta, mengadu domba dan gopoh adalah sifat yang dikaitkan dengan lidah. Rasulullah pernah berpesan khusus untuk wanita agar menjauhi sifat buruk ini yang  berpunca dari lidah sehingga menjerumuskan mereka ke neraka. Ini dapat difahami dari sebuah Hadis Rasulullah yang menyarankan agar mereka banyak bersedekah untuk memperbaiki diri dari sifat-sifat ini. 

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في أضحى أو فطر إلى المصلى فمر على النساء فقال: يا معشر النساء تصدقن فإني أُريتكن أكثر أهل النار. فقلن: وبمَ يا رسول الله؟ قال: تكثرن اللعن وتكفرن العشير.

Maksudnya: 
Wahai wanita, banyakkanlah bersedekah. Aku melihat banyak dalam kalangan kamu (wanita) terdiri dari ahli neraka. Mereka bertanya: kenapa?. Rasulullah membalas, kamu suka membanyakkan celaan dan mengengkari suami. (Bukhari dan Muslim)

Dua point besar dalam hadis di atas ialah
1- Membanyakkan celaan itu bermaksud sering menunjukkan sikap tidak puas hati, mengeji, menghina, merendahkan dan sebagainya. 

2- Mengengkari suami itu bermaksud tidak bersyukur dengan pemberian suami, tunjuk protes terhadap kelemahan suami, merendahkan keputusan suami dan sebagainya. 




Kedua-dua point di atas melibatkan permasalahan lidah yang membawa kepada sifat mengumpat, cemburu buta, mengadu domba dan gopoh. Kenapa perkara ini disebut pada wanita?  Dari mengecam dan menghentam mereka, lebih baik kita cuba memahami psikologi mereka.

Lazimnya, wanita lebih suka melihat perkara yang di sekitar mereka berbanding perkara yang jauh darinya. Oleh sebab itu, ketika berbicara, mereka lebih banyak bercakap tentang diri mereka, bilangan anak, tempat belajar mereka, dan lain-lain yang berkaitan dengan diri dan keluarga mereka. Apabila telah habis bercakap tentang diri sendiri, mula mereka bercakap tentang orang lain, di samping membuat perbandingan dengan orang lain sama ada yang baik mahupun sebaliknya. 

Kalau menyebut perkara yang baik ok lah, tapi kalau menyebut perkara betul dan aib, maka itu adalah mengumpat. Ia akan melarat pula ke menokok tambah, mengadu domba, membuat cerita palsu dan sebagainya. 

Ia juga mungkin boleh sampai kepada menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap suami atau ahli keluarga yang lain. Akhirnya mungkin mengeji, menghina, merendahkan, mendesak dan sebagainya. Mendesak-desak suami, tidak mahu dengar nasihat suami, dengki kepada jiran, berkira dengan adik beradik yang lain. 

Bagi wanita yang ada kelebihan dari sudut ilmu dan kewangan, mungkin akan menunjuk-nunjuk, berkira, kedekut, memandang rendah dan lain-lain. Ini semua mungkin akan terkeluar dari lidah. 

PSIKOLOGI WANITA 

Wanita tidak suka untuk bercakap dalam isu-isu yang besar kerana mungkin di luar skop pemikiran mereka. Bagi mereka, yang lebih penting ialah rumah tangga terjaga, barangan dapur mencukupi, bil dan utilities tidak tertunggak, anak-anak dan rumah tangga selamat, makan minum mencukupi. 

Semua itu lebih penting dan lebih dibimbangi dari hal ehwal masyarakat sekeliling, pergolakan politik, dan keperluan perubahan pemimpin. Apatah lagi dalam urusan politik antarabangsa yang jauh dari skop tumpuan pemikiran mereka. 

Wanita melihat ke dalam.. manakala lelaki melihat ke luar. Itu bukan kelemahan pada wanita, tetapi lelaki dan wanita itu saling memerlukan. Tiada manusia yg perfect. 

Islam membimbing wanita dengan cara menasihati mereka dengan cara yg baik seperti memberi pujian, mengajar sesuai dengan tahap kefahaman mereka dll. 

أبي هريرة رضي الله عنه ، قال صلى الله عليه وسلم : {استوصوا بالنساء خيرا فإنهن خلقن من ضلع وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فاستوصوا بالنساء خيرا}

Maksudnya: Nasihatilah wanita dengan cara yg baik kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok.

KENAPA SEDEKAH?

Rasulullah menyarankan agar bersedekah kerana ia akan membentuk suatu sikap yang baik kerana ia sanggup berhabis untuk orang lain semata-mata kerana Allah. Ia bukan kerana kesian kerana sedekah pada asasnya bagaikan memberi wang kepada orang lain tanpa ada kaitan dan sebab melainkan untuk dapat keredoaan Allah. 

Orang yang selalu memberi ialah orang yang berjiwa besar. Orang yang suka mendapat atau berminda suka dapat pemberian atau suka bergantung kepada orang lain, ialah orang yang berjiwa kecil. 

Sekiranya wanita berjiwa besar, akan kurang rasa tidak puas hati, cemburu, mendesak dan sebagainya. Mudahan dengan latihan selalu sedekah, akan beroleh jiwa yang besar. Rumah tangga akan harmoni, kehidupan semakin bahagia. 


TUJUAN ARTIKEL

Tujuan artikel itu bukan utk merendahkan wanita atau menafikan sumbangan mereka, jauh sekali dari menghina mereka. Bukan juga untuk mengatakan bahawa lelaki tidak mengumpat, mengutuk dan sebagainya. 

Artikel ini cuba menganalisis dengan lebih lanjut lagi aspek psikologi mereka. Dengan cara ini, apabila kita tahu punca, kita berusaha mengelakkan dari berlaku. Paling tidak, kita boleh kurangkan sifat buruk dengan cara menginsafi kelemahan diri masing-masing. 

2 Isteri Rasulullah pun telah ditegur dalam al-Quran kerana berkomplot dengan sifat cemburu kerana sanggup untuk mengatakan bau mulut Rasulullah kurang enak apabila baginda kerap minum madu di rumah Zainab bt Jahsh.

Ini bukan bermakna lelaki tentu masuk syurga atau pun perfect, kerana syaitan adalah makhluk yg paling cerdik menyesatkan manusia. 

Wallahu a'lam.

Post a Comment

0 Comments