JENIS GAMBAR YANG DIHARAMKAN SEBAR DI FB

Terdapat ramai yang menyebarkan gambar sendiri mahupun gambar orang lain di Facebook. Namun, menyebarkan gambar berkenaan mempunyai hukum yang berkaitan dengan isu syariah dan akhlaq. 



1. Gambar tidak patuh syariah dari sudut aurat seperti menampakkan aurat, berpakaian sendat, atau jarang sehingga nampak bentuk tubuh. Perkara ini jelas tidak dibenarkan di dalam Islam. 

2. Gambar orang lain yang tidak menutup aurat sedangkan sekarang dia sudah pun menutup aurat. 

3. Gambar yang mengaibkan orang mati. Ia boleh menimbulkan tafsiran yang bukan2 kepada khalayak apabila melihat gambar berkenaan. Apabila tafsiran itu disebut, ia dikhuatiri sebagai doa untuk simati dan lebih parah lagi sekiranya malaikat yang mengaminkan doa itu.  


4. Gambar yang tidak sopan dan kurang sesuai untuk dipamerkan di khalayak ramai. Gambar yang dalam keadaan biasa tiada masalah, tetapi apabila melibatkan khalayak, ia menjadi masalah. Contoh, harus tidak berbaju di dalam rumah, tetapi apabila keluar ke kedai untuk membeli barang, tidak wajar bagi seorang yang mulia (seperti imam dan pemimpin masyarakat) untuk tidak berbaju kerana ia melibatkan maruah dan akhlaq. 

5. Bagi wanita, sebaiknya tidak mempamerkan gambar yang bersaiz besar (sehingga boleh nampak bulu hidung) di dalam Facebook yang boleh menimbulkan fitnah. Cukuplah dengan mempamerkan gambar yang kecil sahaja. 

6. Gambar berdua (lelaki perempuan bukan mahram)  yang kurang sesuai untuk disebarkan kepada umum, biarpun ketika diambil gambar itu, terdapat ramai orang. Tetapi apabila disebar, orang tidak lihat siapa yang di belakang kamera.  

7. Gambar yang kurang manis untuk tatapan umum seperti berpelukan suami isteri semasa sambutan ulang tahun perkahwinan. 

ULASAN
No 1-3 berkaitan isu syariah iaitu melibatkan soal tidak patuh syariah berkaitan aurat dan cara gambar itu diambil dan hukum gambar orang yang sudah mati. 

4-7 berkaitan isu akhlaq iaitu melibatkan kesesuaian penampilan di hadapan umum. Lagi mulia seseorang itu, lagi kena mempunyai penampilan yang baik di hadapan umum. Gunalah MALU sebagai kunci ketika ingin menyebar sesuatu di Facebook kerana ia melibatkan khalayak umum. 

Sabda Rasulullah ”Kalau kamu tiada MALU buatlah apa yang kamu suka”


✏Dr Muhamad Faisal
https://www.facebook.com/Dr-Muhamad-Faisal-1068608309825290/

Post a Comment

0 Comments